Nuffnang add

Khamis, 31 Mei 2007

Keadaan kat tempat kerja macam biasa, very2 busy. Macam ni lah hari2. Nak tak nak memang kena hadapinya. Macam2 perangai yang pelik2 dan suasana yang sentiasa yang berubah2.
Walaupun aku seka dengan keadaan yang sentiasa berubah, tapi kalau terlalu ekstrem malas gak la nak layan. Aku dengan staff kat sini sekali pening.
Walau apa pun, macam yang aku cakap sebelum nie, TANGGUNGJAWAB perlu dipikul. Kerana tanggung tu ko jawab la sendiri. Apa yang berlaku, yang baik ke yang buruk ke, perlu ada alasan. Jawapan (alasan la tu) ikut kebijaksanaan pemikiran dan kepala otak masing2.

Rabu, 30 Mei 2007

Cerita Apa yang menarik...

Dalam bulan nie aku cuba nk habiskan buku cerita Harry Potter dari First Book sampai ke the latest- Half blood prince. Nampaknya untuk takat nie aku dah sampai ke chember of secret. Ada empat buku lagi. Tapi sebelum aku baca the Socerer aku dah habiskan the order of phoenix dan half blood prince. Tapi untuk merealisasikan membaca daripada buku ke-1, aku akan baca semula... Tak kiralah mual macam mana pun... hehehhehe.
Bagi aku harry potter merupakan buku yang boleh me-rileks-kan minda. Tapi di waktu senggang ajer lah, tapi kalau waktu serabut apa ke hal rilekkan minda. Hurukarakan ada lah.Ada suatu kelainan dalam buku nie, sama rasanya macam aku baca buku2 karya penulis malaysia kegemaran aku- Ramlee Awang Murshid.
Tapi harinie malas nak cerita tentang harry potter, tapi nak ceritakan jer apa yang aku buat. sebut tentang ramlee awang Murshid, terkenang juga aku kepada buka trilogi kedua karya beliau selepas tombirio, Bagaikan Puteri. Unsur2 mistik yang dimasukkan mungkin membuatkan aku berminat dengan buku tersebut. Tapi untuk pengetahuan, aku minat karya Ramlee Awang Murshid bukan kerana bagaikan puteri, tapi lama sebelum itu. Rasanya semenjak aku mengenali buku.............. alamak lupa pulak. NAnti aku nak selidik dululah, sambung esok.

Assalamualaikum...

Alamak aku dah lupa apa password untuk 1st blog aku lah. Dah betul2 lupa. Aku nie makan banyak sangat semut ke?? Apa-pun aku nak sambung kat blog baru ni lah. Insya Allah, Kalau rajin aku menulisnya, banyaklah isi2 yang ada nanti. Begitu juga dengan pengisiannya, mungkin akan diisi dengan apa2 yang berfaedah, spontan dan apa2 yang aku rasa aku nak masukkan dan kongsikan, aku masukkan.
Akhir2 nie kerja semakin banyak. Yang buat pun dua orang ajer. So nak tak nak aku kenalah kuatkan diri untuk teruskan walaupun dua orang sahaja. Abis tu takkan nak di biarkan. Dah tanggungjawab, takkan nak dibiarkan saja kerja tu kan. Lagip un kerja dengan kerajaan nie, yang penting hati kena ikhlas dan bersungguh-sungguh, ini kerana gaji yang aku dapat dari hasil titik peluh rakyat malaysia ini juga. Takkan aku nak biarkan warga-warga negara aku ni mendapat susah kerana kemalasan aku. Jadi, aku kenalah bergerak memberikan segala kemampuan aku dalam hal ini.
Aku nak stop kat sini. Dah lunch beb. Petang nie kalau aku ada mood aku masuk balik.