Nuffnang add

Ahad, 31 Mei 2009

Belah tetutupan

Hari nie Alhamdulillah... lepas stage pertama untuk aku menuju destinasi mengambil lesen Ye yeh ~ ~.... Hahahah. Macam poyo jer. Tapi 5 jam beb. Tah berapa lama lagilah yang aku perlukan lagi untuk mendapat lesen P ek...
Aku dah gatal2 dan mula tengok keter dah. Yang lesen pun tak lepas lagi, ada hati nak beli keter. Hari ni juga aku dok semula kat rumah sewa kat jangkang. Herm.... bosan!! Tak tau nk cakap apa lagi dah. Tu jer yang aku mampu... Aku gak tak tau nak cakap apa. Well perubahan nie ada baik dan buruknya. Baik pada emosi dan pekerjaan aku dan buruk pada sosial relation dengan member2 kat ampang. Seminggu kat HTAR aku bagai kera sumbang. Semua sendiri. Aku jadi seorang yang tak bercakap banyak. Apa?? Aku jadi pendiam...... Nooooooooooooooooooooo hahahahahhahah.
Aku tak dapat datang Majlis kawin Rahil (staff aset) dngan Akma (staff kewangan) sebab dah pergi kursus KPP untuk lesen tu. Maafkan saya you two...
Oklah, sok isnin. New day for work

Khamis, 28 Mei 2009

Tiba2 datang boring... kerjalah ultraman!! Selamatkan dunia.

Pagi yang gelap kini sudah terang... Well malam yang menyelesakan dah pun berakhir. Semua orang dah bangun tidur dan yang belum tidur akan gantikan tidur malam kepada siang...
Kerja hari nie. Tak ada mood... masih dalam mod menyampah sebab mengantuk. Syukur... dapat gak sampai kerja on time! Selamat tinggal kedatangan bermasalah. Huhu...
Sambung nanti..

Rabu, 27 Mei 2009

Pembaris ke Ic

Untuk kesekian kalinya aku menulis hari nie. Idea dalam kepala otak nie banyak bertimpa-timpa dah... tapi malas nak reka-reka ayat. Jadi aku guna bahasa straight foward ajerlah... Nak wat macam mana kalau dah tak nak buat ayat powerkan??
Hari ketiga aku kerja kat hospital TAR nie. Dan tiga2 hari tu jugak aku datang lewat. Har har har... macam hospital nie harta bapak aku. Entahlah... aku bukannya suka nak datang lewat tapi keadaan tak mengizinkan untuk aku datang awal. Pada hari ni gak aku terfikir untuk ambik lesen kereta. Aku dah sedar dan tahu kepentingannya sekarang. Ya la, ada hikmahnya juga aku datang lewat ni... Aku sedar tentang sesuatu yang aku tak ambik berat. Lesen.
Sebelum nie aku tak pernah sedar, mentang2lah dok kat KL, lepas tu tempat kerja kat depan hidung je, manalah aku pernah nak peduli. Lagi pun kat ampang, kenderaan awam banyak. Teksi bersepah, bas hampir 18 jam ada, lepas tu ada LRT, Monorel... pendek kata senanglah nak bergerak. Kat sini plak, aku macam anak kambing patah kaki jer. Nak mengembek salah, nak bunyi berdosa, nak lari terhalang.... serba-salah.
Ada kenduri sapa ek minggu nie. Lupalah.. sesiapa yang terbaca benda nie, tolong ingatkan ye.. Aku nie memang pelupa sangat lah. Nak wat jadual gak ke??
Apalah yang aku nak buat kat sini. Ya Rabbi, bosannya.... Lepas kerja nie nak pergi manalah... anybody, please give me an excellent idea what must i do?
Aku nak sambung belajar lah. Tapi kewangan bagai tidak megizinkan. Memanglah kot... Jap aku fikir... mengizinkan lah... tapi tak ada lesen nak bergerak. Tak ada lesen mean walau ada kereta tak leh nak jalan... eh jap.. walau ada lesen tapi tak belajar nak memandu tak leh nak gerak.. eh banyak yang aku tak tau rupanya... kui kui kui....
So pendek kata kalau aku nak sambung belajar aku kena ada lesen kereta dan sebenarnya cerita aku hari nie pasal lesen kereta rupanya... Hahahhaha.
Ok bro or sis, stop right here. See u all malam kot or ttomorror or what eber la. Hihi

CiNtA....

Cinta itu membingungkan. Adakalanya mendebarkan. Cinta itu menyesatkan, menyusahkan, membencikan, menggetikkan, menggelikan, merimaskan, menambah dosakan, mencarutkan, menambah sengsarakan,mengharamkan, mendosakan, mendatangkan iri, memeningkan, meloyakan, menjauhkan, menderitakan, menyongsangkan, menjungkirbalikkan, memeritkan, menjahanamkan, memusnahkan, membinasakan, meragut impi...... Jika ia salah. TQ

Isnin, 25 Mei 2009

Peralihan III

Perlihan yang tidak selancar pelincir... Tiada keramahan dan tiada petunjuk. Sesat tercari-cari jawapan. Entah nilai apa yang di pegang... Merekayasa sendirian dengan diri.

Jumaat, 22 Mei 2009

Peralihan II

Hari ini merupakan hari yang memenatkan. Buat nota serah tugas dan kerja2 lain yang kosongterbengkalai membuatkan aku lambat balik sikit. Sebutharga yang tak dibuat akhirnya dapat disiapkan. Dah kemas meja, rupanya ada 3 beban plastik hitam terkumpul kat meja aku (patutlah selama nie sepah semacam jer). Meja dah kosong. Pertama kali dalam sejarah aku tengok meja aku lapang selapang-lapangnya macam padang golf. Ehehehhehehe.
Aku ingat aku akan sebak hari ni... rupa-rupanya just biasa2 aje. Cuma ada beberapa bahagian jer yang aku terasa sayang nak tinggalkan... Kewangan dan gaji, admin yang boleh tahan perangai aku, beberapa orang kat jabatan farmasi yang sentiasa memberikan aku nasihat yang berguna dan sister2 yang boleh tahan loyar buruknya... I will miss them....
Sok nak gi ke rumah baru dah. Nak basuh rumah...
sambung..

Peralihan 1

Perasaan aku bercampur gaul. Macam makan nasi dengan kari... semuanya digaul rata kemudian disuap kemulut dan dikunyah-kunyah sehingga lumat. Membawa ke rongga-rangga di dalam badan dan terus ke perut.
Faham ke? Hihihiihhih. Aku dapat pindah ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. Satu lagi lembaran baru dalam hidup di buka untuk dicoret dan di corakkan. Tak tahu macam mana nak terangkan sebenarnya, sebab benda yang dah biasa kita buat bagai dah menjadi tabiat. Maksud aku dah terbiasa bekerja di tempat lama, so apabila berhadapan dengan tempat baru seakan tak bersedia dan ragu-ragu. Bolehkan aku membiasakan dan menyesuaikan diri kat tempat baru?? Tunggu dan lihat sahajalah. Sebab aku bukannya siapa untuk memberikan jawapan. Hanya masa penentu segala... ececeh bahasa...
Dan apabila kat tempat baru, aku terpaksa bermula dari zero balik. Nak cari kawan baru, rumah baru, cara hidup pun baru (ya lah kalau kat ampang nie rumah dgan tempat kerja depan mata jer, kalau terlambat bangun pun mandi koboi, 10 minit dah siap dan boleh punch card on time). Nie kena bangun awal, lepas tu kena tunggu bas lagi... herm...... lama dah tak pergi kerja naik bas. Mungkin aku akan enjoy semula pengalaman tu?? Entahlah. Tak tau nak cakap.
Pasal kawan baru, macam mana ek. Ada ke orang yang boleh terima aku seadanya? Ya ALLAH, kau berikan lah aku kawan atau sahabat yang memahami.... Lepas tu, dok rumah sewa sorang2 plak tu. Sorang yang betul2 sorang. Macam dalam rumah tu ko memang dok sensorang. (apa aku merepek ni daaa). Mungkinkah aku nak join fitness first untuk hilangkan boring?? Tunggu dan lihat pekembangannya.
Ok stop sementara.

Khamis, 14 Mei 2009

Titik satu

Kebencian kadangkala membakar diri dalam senyap. Tanpa disedari, hati memang akan dihiris dengannya. Walau apa yang dinilai sama ada baik atau kurang menawan, semuanya akan mencetuskan percikan-percikan rasa yang membinasakan.
kenapa harus ada benci ketika datang detik-detik gembira. Bukan lawannya masa kalau yang sebulan datang mengejar yang setahun. Pedih binasa, hancur sejahtera ibarat rampaian gugusan hirisan bunga-bunga yang entah kapan akan datangnya irama. Kerana ia telah terhenti di kala silapnya meletakkan rasa.

Rabu, 13 Mei 2009

Elak ragut

Tips elak jadi mangsa ragut:

• Jangan letak beg tangan dalam bakul terbuka di depan motosikal.

• Simpan beg tangan dalam ruang atau tempat simpan berpenutup pada motosikal.

• Bawa dompet yang boleh disimpan dalam kocek.

• Bawa payung untuk melindungi diri bila berdepan penjenayah.

• Berjalan bertentangan arus kenderaan supaya boleh nampak tindakan mencurigakan.

• Berhati-hati setiap masa dan tunjukkan kelakuan seolah-olah sangat cermat.

• Berwaspada mengeluarkan duit daripada mesin ATM atau ketika keluar masuk bank.

• Ketika berjalan, rapatkan beg tangan ke badan dan pegang erat dengan kedua-dua tangan.

• Jangan tinggalkan dompet atau beg tangan atas meja ketika makan di kedai.

• Jangan tunjukkan pamerkan kandungan dompet, terutama wang tunai atau barang kemas

Sabtu, 2 Mei 2009

Kanak-kanak dan dunia
















Dewasa ini kehidupan memang memeritkan. Tak kira di mana pelusuk dunia, masing-masing ada peranan untuk mentunjangi kehidupan. Jika tidak berusaha, mereka takkan dapat sesuap makan. Senario inilah yang berlaku pada dunia. Entah bila ia berlaku dan entah bila ia akan berakhir??
Kalau kita kat Malaysia ni kadang-kadang seperti tidak bersyukur. Contohnya, kita biasa merungut makanan di kafeteria tempat kita kerja tak sedap, asyik masak makanan yang sama setiap hari, masak cincai (termasuklah aku, kaki komplen no:1). Tidak terfikirkah kita bahawa untuk mencari makan, ada orang yang sanggup berbunuhan, malah berlaku perang.
Di Bangladesh, bukan senang nak cari makan... Hatta kanak-kanak akan buat macam-macam pekerjaan untuk membantu keluarga mencari makan. Dilampirkan gambar2 mereka. Kesian aku tengok...