Nuffnang add

Isnin, 30 Mei 2011

Tiruan

Macm mana yang korang akan buat sekiranya korang berada dalam situasi aku agaknya... Parasaan sayang yang tidak kesampaian... Ko dah berikan sehabis baik, berkorban segalanya tapi akhirnya sayang tu tak sampai... Siapa yang nak dipersalahkan agaknya... Aku tak lah nak salahkan sesiapa sebenarnya.. Benda nie datang tanpa aku pinta, aku tak perasan pun wujudnya perasaan ni sehinggalah sesuatu berlaku.. dan aku sedar memang dah terlambat dan tak mungkin akan boleh bertaut... Sakitnya perasaan nie tak dapat digambarkan... Kenapa setiap kali, aku yang diuji dengan benda2 begini... Tak bolehkah aku dapat seorang yang sebenar2nya suka dan terima aku seadanya,.. Kenapa setiap kali orang yang salah... Mungkin dah nasib aku agaknya... Buat macam mana pun kalau nasib tu dah ditentukan begitu... begitu lah.. Sekarang nie aku cuma berharap semoga ada seseorang untuk aku yang boleh terima aku seadanya... Dan sila pastikan kali ini dia adalah org yg betul... Penat dah aku nak melayan perasaan nie.. huhu....

Sabtu, 28 Mei 2011

sabtu yg sabtu..

Baru selesai service kereta.. Baguslah.. ringan sikit kepala otak.. kalau tak serabut nak memikir. bila la nak service.. Kilometer dah dekat.. risau gak nak drive jauh2.. takut keter buat hal plak nanti.. Rasanya macam dah sampai masa nak tukar tayar sekali nie... duit lagi.. macam mana la menyimpan macam nie.. asyik mengalir keluar ajer...
Hmm... adakenduri plak kat kampung... Bila plak aku nak gerak nie... takkan nak cuci kaki jer.. hahahaha... maksudnya, datang2 kerja dah siap.. huhu.. memang bahagia.. hahahha.. (dasar anak pemalas.. pi la balik cepat sikit.. tolong2 mana yang patut...)
Tak ada kaki nak merayau esok.. sahabat baik pun balik kampung.. aduduh... apa mau buat nie... besok.. besok.. besok... kita citer besok la.. hahaha.. ok guys.. happy ujung minggu..
selamat ke atas kamu...

Khamis, 26 Mei 2011

Cakap tanpa henti..

Nak merungut pasal kerja?? Mestilah.. hahahah... Kan.. kan... aku dengan rungutan ibarat irama dan lagu yang tak dapat dipisahkan...
Banyak betul kerja sekarang, tapi nasib baik katu kerja dah selesai.. Sekarang nie tumpukan pada satu kerja je.. Insya ALLAH boleh dilaksanakan dan dibereskan kot.. Apa pun mesti boleh dahulu. yang lain2 belakang kira..
Perkembangan fitness first? Jangan haraplah.. harpkan fitness.. fitness aku tak pergi.. aku terus mendonatekan my money ke fitness.. badan mekin berkembang dengan penuh ceria... hihi...
Well.. banyak nak merepek nie... nasib baik la kena taip.. kalau ckap ajer.. nescaya bertimbun2 la perkataan...
adios.

Isnin, 9 Mei 2011

kedepan...

Kejap aje dah isnin.. Besok kerja dah.. Masa cepat berlalu ye... Kalau macam nie, sekejap mata mesti dah tua aku.. Rambut putih tumbuh tanpa sedar... Tak dapat dibayangkan macam mana rupa aku dalam versi atuk.. Atuk chubbykah aku.. boroikah aku... hahahha... pasti kot.. kahkahkah...
Bila la aku nak mula semula aku nyer sesi bersenam kat fitness nie.. dah 5 bulan aku bayar free kat dia orang tanpa gunakan khidmat yg disediakan... murahnya hati... huhu... jangan bagi banyak alasan la, ko pergi aje... kalau tak mula sekarang bila lagi... dah jangan tangguh2.. besok gi yer...............
cayok,, cayok....!!

Selasa, 3 Mei 2011

Cebisan...

Banyak yang aku tak pernah terfikir membuatkan aku terfikir.. Adakah ni lumrah apabila seseorang tu dah menginjak usia dewasa.. hahaha... Dewasa la sangat...
Macam mana orang mengukur kedewasaan tu.?. Biasanya adakah orang yang telah bernikah, mempunyai seorang cahaya mata dan seorang isteri boleh dikatakan dewasa?? Atau adakah seorang bujang yang berusia 35 tahun boleh dikategorikan sebagai dewasa akan tetapi dia belum beristeri atau mempunyai cahaya mata... Macam mana kedewasaan tu diukur rasaanya bergantung pada sisi pandangan orang itu sendiri yg menilai.. Sebagai manusia.. biasalah sentiasa menilai.. tak kira apa... tak boleh dielak... huhu...
Cuti 1 mei... apa menda la yang aku buat?? melawat rumah sahabat, bermalam di rumah dia, berkenalan dengan seluruh ahli keluarganya... seakan satu pengalaman yang berulang pada aku.. Ternyata, ikatan kekeluargaan adalah satu kebahagiaan... Sejuk hati melihat kerukunan, kekuatan dan jalinan kekeluargaan yang terjalin... Memang begitulah yang sepatutnya. Jik keluarga kuat, Insya ALLAH individu juga akan turut kuat...
Pergh.. serius ajer post aku kali ini... Well.. mod dah macam itu, nk buat macam mana kan... layan aje lah...