Nuffnang add

Ahad, 11 Oktober 2009

Buat apa..

Alamak... terlebih tidur... pening kepala. Makan pun tak lagi nie. Mandi apa tah lagi. Hehhhehe. Nak wat menda hari ni? Besok dah kerja. Kerja yang melambak aku tak buat lagi. Konfirm kena bebel. Aku malas dah nak peduli... aku buat ke, tak ke mesti kena gak laaa. Tak percaya aku tunggu esok. Semua nak menyibuk pasal kerja aku. Konon nak tolong... jangan harap la.. Aku rasa tak mungkin ada orang nak tolong sebab masing2 mementingkan diri sendiri.... Dia ajer yang betul.
Aku dah menyimpang la pulak. Hehehhe
Oklah nak mandi.... makan... masak... hhuuhuh

IMPIAN

(ditulis awal2)
Semua orang mempunyai kehendak atau kemahuan. Jangan nafikan. Kerana kemahuan dan keinginan itu sebenarnya ada yang mustahil dan ada yang tidak. Sebenarnya dengan erti kata yang mudah kehendak atau keinginan adalah impian...
Kata impiannya sebenarnya adalah satu kenyataan. Kenyataan jika ia boleh dicapai dan mustahil jika tidak mungkin dapat dicapai. Impian adalah kejahilan bagi sesiapa yang tidak ada keinginan manakala ia adalah cahaya terang bagi orang yang sering meletakkan sesuatu untuk mengejarnya.
Mengejar impian adalah keunggulan yang sejati, mengejar impian adalah kebijaksanaan, mengejar impaian adalah realiti.Mengejar impian adalah macho, mengejar impian adalah dermawan pada diri, mengejar impian adalah kenyataan, mengejar impian adalah kemahuan. Memburu impian adalah kewajipan, memburu impian adalah tanggungjawab, memburu impian adalah perubahan. Jika anda ingin keunggulan pada hidup, capailah impian anda, kerana setiap impian yang di sia-sia kan ibarat kezaliman.
Tapi dalam mengejar impian janganlah kita tinggalkan batas2 agama, jangan kita lupakan akar budaya kita, jangan kita tinggalkan rumpun budi kita. Berpeganglah pada yang Kuasa.
Jadi.. selamat mengejar impian semua (termasuk diriku...)

Sabtu, 10 Oktober 2009

Jangan Baca...

OKlah aku serius. Tah apa tah tiba-tiba aku rasa macam nak merepek sebab bosanlah.....

Nak cerita apa ekkkk.

Kalau nak diikutkan aku memang suka dengar orang bercerita, lebih2 lagi cerita2 yang mendatangkan pengajaran yang boleh mendidik aku jadi manusia. Sememangnya sebagai manusia, perasaan manusiawi itu perlu dititik beratkan. Bukannya terpadam diri kita atau dina diri kita jika kita bersifat manusiawi. Sebab orang sekarang aku tengok dah tipis sifat manusiawinya. (tak caya tengok barat bukan takat manusiawi tipis...baju pun tipis gak)

Kebelakangan apabila tengok dunia, aku terpaksa tengok diri aku sendiri. Aku dah tua..... tapi belum ada pencapai yang boleh aku junjung kelangit sambil menabik dada dengan bangga dan mengatakan "ITULAH AKU".

Aku masih macam nie, si Lehan yang terkedek2 menjalani hidup. Memang aku terkedek2 tapi itulah namanya hidup, kalau terus naik keatas, aku takut aku lupa bagaimana pandangan belakang itu. Bagaimana rasanya dibawah. Memang kehidupan itu ada jatuh bangunnya. Adasakit pedihnya, ada calar lukanya. Tapi itukan namanya hidup.

Tiada hidup yang gembira, sentiasa. Kadangkala dalam gembira, sekelip mata kesedihan membunuhnya.

Walaupun aku rasa kepedihan itu saudara kehidupan, gembira itu juga teman kehidupan. Dalam itu, pasti ada lawan pemutusnya.Ia ada pada sempadan mana pilihan kita.

OKlahlah, aku pun dah merepek meraban. So fikir2kan bagi yang mahu berfikir. Kalau tak mahu berfikir..... Suka hati koranglah. Lantaklah. Bukan aku boleh buat apa pun pun. Tak ada tulah pun....

Kla, sambung nanti2.

Aku

Aku suka baca buku. Memang hobi aku yang tak pernah berubah sampai sekarang. Rasanya kalau sehari tak membaca macam aku rasa aku jadi almari atau kotak kasut jer. Berisi tapi kosong. Tak kisahlaaa, kalau tak dapat baca pun sekurang2nya dapat baca penunjuk jalan atau papan tanda pun kira ok ape. kikiiiiikiiiii

Buku macam mana yang aku minat ek...... Aku suka buku cerita dongeng, citer2 tentang kemanusiaan, buku2 yang mengajak kita berfikir, ketuhanan dan macam2 lagilah. Aku suka gak buku citer dongeng nie. Bagi aku buku2 macam nie santai... penuh pengajaran dan menenangkan.

Aku masih ingat lagi, masa first day aku masuk sekolah aku memang blurrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr. Sepatah haram huruf pun aku tak kenal. Aku tak pernah masuk tadika. Tak pernah campur orang. Dunia aku masa tu ikut abah and mak aku pergi ladang. Abah aku kerja estet. So paham2 ajerlah dunia aku masa tu.....

Nanti2 aku ceritakan ek. Kalau ada mood aku citer lah pasal aku yang pernah sekolah asli , tamil dan lain2 lagi.Boleh tak ko bayang kan....... Macam mana membesar dan sekolah kat sekolah Orang Asli.

Huh, pasal buku tu, aku pun bawak kehulu kehilir buku yang aku pegang tu Minta orang bacakan, tapi hampeh.... Aku rasa tajuk buku tu tak silap aku lah cermin ajaib, lupalah. Percaya atau tidak, aku ambik masa 6 bulan untuk belajar membaca. Lepas aku tau nikmatnya membaca, aku tak lepaskan sampai sekarang. Cita-cita aku masa tu, aku nak baca buku yang tebal2. Aku cuba baca tunggul2 gerigis.... tpi tak paham.....

Tah lah, aku dah hilang idea lak nak merepek. Tadi banyak idea yang datang. La nie zero lak. K lah to be bersambung....

Rabu, 7 Oktober 2009

Fajar...

Assalamualaikum... Selamat pagi... Memang dah pepagi buta pun. Terjaga dari pukul 3 tadi sampai sekarang tak mengantuk2 lagi. Dah alang2 pepegi buta macam nie.. rasanya tak praktikal la nak sambung tido... nanti tak terjaga pulak nak pergi kerja. Burn la plak kerja aku untuk hari ni. Hhahahahaha.
Apa yang terjadi untuk minggu lepas... tak payah lah nak aku tulis panjang2 kat sini... kerja la apa lagi.. nanti kalau aku tulis pasal kerja banyak2 kat sini kang orang kata aku workoholic (aku tau memang salah eja- tapi lantak lah...)plak. Hakikatnya rasa tanggungjawab mengatasi segalanya. Aku tak sampai hati nak biarkan kerja aku yang melambak tu menimbun kat meja aku sebab akhirnya memang aku sendiri yang akan buat (pulak....) jadi entahlah.. apa yang aku meraban pagi2 buta nie pun aku tak tau.
Alhamdulillah.. Insya ALLAH kereta akan keluar dalam pertengahan bulan nie. WOW macam tak percaya pulak aku dah nak ada kereta (tapi lesennya...). Keter murah aje, tak mampulah nak capai yang mahal2. Aku bukannya bergaji ribuan yang over. Cuma ribuan yang ciput... hiihiihihihi so belilah keter mampu milik...
Nantilah sambung lagi.. ni intro ajer kot (kalau tak malas)...

Khamis, 24 September 2009

Apa yang aku buat n??

Raya dah 5 hari berlalu.... Aku... selamba badak jer. Mana tak nya, raya kedua dah kerja.... Aduyai, nasib badan. Huhu... nak berkokok rasanya dengan megah, macam ayam jantan dah menang berlaga... Tapi apa kejadahnya nak berkokok... bukan aku menang pape pun.
Well... kerja yang melambak tak berjaya disiapkan... But its ok, Insya ALLAH aku akan siapkan dengan segala upaya dan kudrat. Kalau tak siap, takkan aku nak memaksa diri plak kan? Nanti diri sendiri stress... satu sen tak dapat. Dapat menyusahkan diri sendiri jer.
Aku belum beraya kat mana2 lagi nie. Cuma kat kampung ajer (balik tak sampai sehari... pukul 4 petang aku sampai sekinchan, pukul 2 petang dah bertolak naik bas dari kuala selangor ke KLANG)... Aku rasa dah macam perantau jer... Hihihihihihihi... Dah lah sensorang raya pertama kat rumah... dengar takbir raya lagi ditambah dengan iklan2 pertronas... cair gak hati lelaki aku nie... macam nak mengalir ajer air mata aku.... Hahaahhahahahha (kontrol saya jer tu)
Well... tah la banyak cerita kat dalam minda nie... tapi simpan dulu laaa. Nanti ada mood sambung semula ekkk. Selamat Hari Raya.... Huhuhhuh

Isnin, 8 Jun 2009

Pagi ini kunyanyi lagu

Masih bermain di minda pasal hal pertukaran. Herm..... Tak apalah, mungkin ada baiknya aku kat sini. Otak dah penat diperah nie. Dari pagi sampai sekarang tak habis2 lagi nak proses PO untuk unit. Tu belum masuk payment and Po yang sangkut seba tak ada no akuan bank. Hai... hai separuh hari yang memenatkan. Tak tau nak cakap macam mana, sooo diam ajer lah.kuikuiuki..
Apa dah jadi dengan aku nie... semenjak kat sini, diet macam diabaikan jer... kalau macam nie macam mana nak kurus... hari tu dah turun dalam 10kg... agak2 sekarang nie macam dah naik balik 3kg nie. Memang skit.. tapi macam mana nak hensem macam nie. Kalau tak hensem macam mana nak kawin... aku ada 20kg lagi untuk diturunkan bagi menghampiri berat badan ideal. Ya ALLAH berikan aku kekuatan untuk menuju ke arah itu. Korang2 yang baca pun tolong doakan sama tau... Nak makan nasi minyak tak?? Stop luahan untuk tengahari. Nanti sambung semula...

Rabu, 3 Jun 2009

Pertentangan

Wah.... bestnya kerja banyak... )Tak tau macam mana nak ekspresikan, gembira ke atau tak berapa nak gembira...)
Mengantuknya... (kenapa pagi ni aku asyik nak merungut jer- tak efisyen langsunglah)
Suka tapi tak berapa suka... macam mana tu?? (ada pertembungan plak)..............

Isnin, 1 Jun 2009

Bingung!!

aku suka kerja kat HTAR, tapi lagi suka kalau dapat kerja kat ampang jika suasana kerja macam kat HTAR... Memang kita tak boleh nak dapat semuakan??

Ahad, 31 Mei 2009

Belah tetutupan

Hari nie Alhamdulillah... lepas stage pertama untuk aku menuju destinasi mengambil lesen Ye yeh ~ ~.... Hahahah. Macam poyo jer. Tapi 5 jam beb. Tah berapa lama lagilah yang aku perlukan lagi untuk mendapat lesen P ek...
Aku dah gatal2 dan mula tengok keter dah. Yang lesen pun tak lepas lagi, ada hati nak beli keter. Hari ni juga aku dok semula kat rumah sewa kat jangkang. Herm.... bosan!! Tak tau nk cakap apa lagi dah. Tu jer yang aku mampu... Aku gak tak tau nak cakap apa. Well perubahan nie ada baik dan buruknya. Baik pada emosi dan pekerjaan aku dan buruk pada sosial relation dengan member2 kat ampang. Seminggu kat HTAR aku bagai kera sumbang. Semua sendiri. Aku jadi seorang yang tak bercakap banyak. Apa?? Aku jadi pendiam...... Nooooooooooooooooooooo hahahahahhahah.
Aku tak dapat datang Majlis kawin Rahil (staff aset) dngan Akma (staff kewangan) sebab dah pergi kursus KPP untuk lesen tu. Maafkan saya you two...
Oklah, sok isnin. New day for work

Khamis, 28 Mei 2009

Tiba2 datang boring... kerjalah ultraman!! Selamatkan dunia.

Pagi yang gelap kini sudah terang... Well malam yang menyelesakan dah pun berakhir. Semua orang dah bangun tidur dan yang belum tidur akan gantikan tidur malam kepada siang...
Kerja hari nie. Tak ada mood... masih dalam mod menyampah sebab mengantuk. Syukur... dapat gak sampai kerja on time! Selamat tinggal kedatangan bermasalah. Huhu...
Sambung nanti..

Rabu, 27 Mei 2009

Pembaris ke Ic

Untuk kesekian kalinya aku menulis hari nie. Idea dalam kepala otak nie banyak bertimpa-timpa dah... tapi malas nak reka-reka ayat. Jadi aku guna bahasa straight foward ajerlah... Nak wat macam mana kalau dah tak nak buat ayat powerkan??
Hari ketiga aku kerja kat hospital TAR nie. Dan tiga2 hari tu jugak aku datang lewat. Har har har... macam hospital nie harta bapak aku. Entahlah... aku bukannya suka nak datang lewat tapi keadaan tak mengizinkan untuk aku datang awal. Pada hari ni gak aku terfikir untuk ambik lesen kereta. Aku dah sedar dan tahu kepentingannya sekarang. Ya la, ada hikmahnya juga aku datang lewat ni... Aku sedar tentang sesuatu yang aku tak ambik berat. Lesen.
Sebelum nie aku tak pernah sedar, mentang2lah dok kat KL, lepas tu tempat kerja kat depan hidung je, manalah aku pernah nak peduli. Lagi pun kat ampang, kenderaan awam banyak. Teksi bersepah, bas hampir 18 jam ada, lepas tu ada LRT, Monorel... pendek kata senanglah nak bergerak. Kat sini plak, aku macam anak kambing patah kaki jer. Nak mengembek salah, nak bunyi berdosa, nak lari terhalang.... serba-salah.
Ada kenduri sapa ek minggu nie. Lupalah.. sesiapa yang terbaca benda nie, tolong ingatkan ye.. Aku nie memang pelupa sangat lah. Nak wat jadual gak ke??
Apalah yang aku nak buat kat sini. Ya Rabbi, bosannya.... Lepas kerja nie nak pergi manalah... anybody, please give me an excellent idea what must i do?
Aku nak sambung belajar lah. Tapi kewangan bagai tidak megizinkan. Memanglah kot... Jap aku fikir... mengizinkan lah... tapi tak ada lesen nak bergerak. Tak ada lesen mean walau ada kereta tak leh nak jalan... eh jap.. walau ada lesen tapi tak belajar nak memandu tak leh nak gerak.. eh banyak yang aku tak tau rupanya... kui kui kui....
So pendek kata kalau aku nak sambung belajar aku kena ada lesen kereta dan sebenarnya cerita aku hari nie pasal lesen kereta rupanya... Hahahhaha.
Ok bro or sis, stop right here. See u all malam kot or ttomorror or what eber la. Hihi

CiNtA....

Cinta itu membingungkan. Adakalanya mendebarkan. Cinta itu menyesatkan, menyusahkan, membencikan, menggetikkan, menggelikan, merimaskan, menambah dosakan, mencarutkan, menambah sengsarakan,mengharamkan, mendosakan, mendatangkan iri, memeningkan, meloyakan, menjauhkan, menderitakan, menyongsangkan, menjungkirbalikkan, memeritkan, menjahanamkan, memusnahkan, membinasakan, meragut impi...... Jika ia salah. TQ

Isnin, 25 Mei 2009

Peralihan III

Perlihan yang tidak selancar pelincir... Tiada keramahan dan tiada petunjuk. Sesat tercari-cari jawapan. Entah nilai apa yang di pegang... Merekayasa sendirian dengan diri.

Jumaat, 22 Mei 2009

Peralihan II

Hari ini merupakan hari yang memenatkan. Buat nota serah tugas dan kerja2 lain yang kosongterbengkalai membuatkan aku lambat balik sikit. Sebutharga yang tak dibuat akhirnya dapat disiapkan. Dah kemas meja, rupanya ada 3 beban plastik hitam terkumpul kat meja aku (patutlah selama nie sepah semacam jer). Meja dah kosong. Pertama kali dalam sejarah aku tengok meja aku lapang selapang-lapangnya macam padang golf. Ehehehhehehe.
Aku ingat aku akan sebak hari ni... rupa-rupanya just biasa2 aje. Cuma ada beberapa bahagian jer yang aku terasa sayang nak tinggalkan... Kewangan dan gaji, admin yang boleh tahan perangai aku, beberapa orang kat jabatan farmasi yang sentiasa memberikan aku nasihat yang berguna dan sister2 yang boleh tahan loyar buruknya... I will miss them....
Sok nak gi ke rumah baru dah. Nak basuh rumah...
sambung..

Peralihan 1

Perasaan aku bercampur gaul. Macam makan nasi dengan kari... semuanya digaul rata kemudian disuap kemulut dan dikunyah-kunyah sehingga lumat. Membawa ke rongga-rangga di dalam badan dan terus ke perut.
Faham ke? Hihihiihhih. Aku dapat pindah ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. Satu lagi lembaran baru dalam hidup di buka untuk dicoret dan di corakkan. Tak tahu macam mana nak terangkan sebenarnya, sebab benda yang dah biasa kita buat bagai dah menjadi tabiat. Maksud aku dah terbiasa bekerja di tempat lama, so apabila berhadapan dengan tempat baru seakan tak bersedia dan ragu-ragu. Bolehkan aku membiasakan dan menyesuaikan diri kat tempat baru?? Tunggu dan lihat sahajalah. Sebab aku bukannya siapa untuk memberikan jawapan. Hanya masa penentu segala... ececeh bahasa...
Dan apabila kat tempat baru, aku terpaksa bermula dari zero balik. Nak cari kawan baru, rumah baru, cara hidup pun baru (ya lah kalau kat ampang nie rumah dgan tempat kerja depan mata jer, kalau terlambat bangun pun mandi koboi, 10 minit dah siap dan boleh punch card on time). Nie kena bangun awal, lepas tu kena tunggu bas lagi... herm...... lama dah tak pergi kerja naik bas. Mungkin aku akan enjoy semula pengalaman tu?? Entahlah. Tak tau nak cakap.
Pasal kawan baru, macam mana ek. Ada ke orang yang boleh terima aku seadanya? Ya ALLAH, kau berikan lah aku kawan atau sahabat yang memahami.... Lepas tu, dok rumah sewa sorang2 plak tu. Sorang yang betul2 sorang. Macam dalam rumah tu ko memang dok sensorang. (apa aku merepek ni daaa). Mungkinkah aku nak join fitness first untuk hilangkan boring?? Tunggu dan lihat pekembangannya.
Ok stop sementara.

Khamis, 14 Mei 2009

Titik satu

Kebencian kadangkala membakar diri dalam senyap. Tanpa disedari, hati memang akan dihiris dengannya. Walau apa yang dinilai sama ada baik atau kurang menawan, semuanya akan mencetuskan percikan-percikan rasa yang membinasakan.
kenapa harus ada benci ketika datang detik-detik gembira. Bukan lawannya masa kalau yang sebulan datang mengejar yang setahun. Pedih binasa, hancur sejahtera ibarat rampaian gugusan hirisan bunga-bunga yang entah kapan akan datangnya irama. Kerana ia telah terhenti di kala silapnya meletakkan rasa.

Rabu, 13 Mei 2009

Elak ragut

Tips elak jadi mangsa ragut:

• Jangan letak beg tangan dalam bakul terbuka di depan motosikal.

• Simpan beg tangan dalam ruang atau tempat simpan berpenutup pada motosikal.

• Bawa dompet yang boleh disimpan dalam kocek.

• Bawa payung untuk melindungi diri bila berdepan penjenayah.

• Berjalan bertentangan arus kenderaan supaya boleh nampak tindakan mencurigakan.

• Berhati-hati setiap masa dan tunjukkan kelakuan seolah-olah sangat cermat.

• Berwaspada mengeluarkan duit daripada mesin ATM atau ketika keluar masuk bank.

• Ketika berjalan, rapatkan beg tangan ke badan dan pegang erat dengan kedua-dua tangan.

• Jangan tinggalkan dompet atau beg tangan atas meja ketika makan di kedai.

• Jangan tunjukkan pamerkan kandungan dompet, terutama wang tunai atau barang kemas

Sabtu, 2 Mei 2009

Kanak-kanak dan dunia
















Dewasa ini kehidupan memang memeritkan. Tak kira di mana pelusuk dunia, masing-masing ada peranan untuk mentunjangi kehidupan. Jika tidak berusaha, mereka takkan dapat sesuap makan. Senario inilah yang berlaku pada dunia. Entah bila ia berlaku dan entah bila ia akan berakhir??
Kalau kita kat Malaysia ni kadang-kadang seperti tidak bersyukur. Contohnya, kita biasa merungut makanan di kafeteria tempat kita kerja tak sedap, asyik masak makanan yang sama setiap hari, masak cincai (termasuklah aku, kaki komplen no:1). Tidak terfikirkah kita bahawa untuk mencari makan, ada orang yang sanggup berbunuhan, malah berlaku perang.
Di Bangladesh, bukan senang nak cari makan... Hatta kanak-kanak akan buat macam-macam pekerjaan untuk membantu keluarga mencari makan. Dilampirkan gambar2 mereka. Kesian aku tengok...

Khamis, 30 April 2009

Selamba Badak....

Aku masih tak ada halu tuju lagi untuk blog nie. Tahlah, rasanya dah hampir setahun dah aku fikir.... tapi masih random lagi. Tak tahu nak spesifikkan pada apa-apa perkara yang tengah berputar sekarang. Erm... aku fikir sesuatu yang rojak takkan mendatangkan sebarang faedah... Nanti2 lah fikirkan semula.