Nuffnang add

Ahad, 25 Mei 2008

Malam

Tah la, tetiba fikiran aku melayang pulak. Biasaklah waktu pagi macam nie, macam2 yang difikirkan. Tapi satu pun yang aku fikirkan nie ada jalan penyelesaiannya, kecuali kalau aku sendiri yang cari jalannya. Apa aku buat ayat pengulangan nie. Merepek je.

So macam biasa, setiap hari ahad, waktu cuti... aku tidur lewat. aku x ada aktiviti lain selain dok rumah. Bukannya aku x ada kawan, tapi aku tak suka kuar malam, bahaya beb. Malam nie kalau diikutkan ada arus sendiri, tup tup nanti hanyut dibawa arus malam, dah tu malam nie gelap, takut dah lah hanyut pastu sesat kat dalam gelap malam lak, tak dapat ccari jalan balik. SOOOO sapa yang rugi beb.
Hilang masa rehat, hilang masa , masa... DEMI MASA.

Rabu, 21 Mei 2008

Permaidani

Bagai sakti nyala bara sekeping hamparan. Yang tidak diketahui mana pangkal mana hujungnya. Dimana mula dimana akhirnya, berbalik2 segenap penjuru tak jumpa mana mulanya. Makin disentuh semakin hilang arah tujunya. Apa kian segi bujur leper lonjung tapaknya. Terkesima.

Pasang dan Cabut

Apa yang terjadi dengan senario politik Malaysia hari ini. Pening kepala aku. Aku tak suka dengan apa yang berlaku sekarang nie. Aku rasa terasing di bumi sendiri. Segala yang terjadi sekarang aku rasa tak selamat. Demi itu, apa yang aku harus lakukan sekarang.
Aku rasa langsung tak percaya dengan parti-parti yang ada di Malaysia sekarang nie. Masing2 ada agenda sendiri. Terutamanya dengan parti ...,...,..., masing2 tak dapat nak menjamin masa dpan Malaysia. Aku tak suka................................ Kenapa tak stabil... kenalah stabil demi masa depan kita semua.
Memang ada orang cakap parti pemerintah dan tak releven, perjuangan dah tak relevan. Nak ikut barat sangat ker baru releven? PALA OTAK KO. Kan kat wawasan 2020 ada nyatakan nak bentuk negara dengan acuan sendiri, jadi napa nak ikut barat sangat. Lagipun kalaulah misalnya berlaku perubahan kerajaan, nak ker perintah negara dengan rela hati pertahankan apa yang telah dibentuk oleh dr Mahathir... kan dia orang dendam dengan dia. Dan kononnya hapuskan kepercayaan yang selain dari parti pemerintah sekarang, parti lain pun boleh perintah... tak rela aku nak gadaikan 4 tahun negara aku demi semata-mata eksperiman. Nanti gagal boleh pilih semula. That is KEPALA OTAK KO jugak. Apalah nasib anak2 bangsa aku nanti, apalah nasib rakyat malaysia nanti. Aku Blurrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.
Aku nak dok diam jap. Nak pikir semula apa yang aku tulis nie.

Selasa, 13 Mei 2008

Tahan

Setiap kenangan hidup ibarat emas berharga yang takkan luntur nilainya. Membentuk dan mengajar, dimana kebenaran, dimana kesilapan... perlahan membentuk jati dari.
Segala kepayahan, membentuk keteguhan. Sifat juang, sifat bertahan padu menjulang bara kehidupan.

Pawana

Pawana genta alam beserta ribut, tersirat cebisan dosa atau renyai rahmat. Menabur serata alam, berselerakan dengan rasa gurisan sukma, menikam dalam, menjamah kalbu, menebak fikiran... Kusut atau susut? Anyam....

Rasa

Bagai tiada kata-kata menggambarkan apa yang tersirat. Entahkan ingin disimpan atau ingin diluah. Tiada jawapan pasti, kerana yang muncul hanya warna perasaan yang kabur tanpa ada layangan.

Isnin, 5 Mei 2008

Blog sakan...........

Lamanya aku tak masuk ke dalam blog sendiri.... Lebih setahun aku tak masuk kat dalam blog aku nie. dah macam2 terjadi kat dunia dah....
China nak jadi tuan rumah untuk sukan olimpik, masalah makanan dunia, "tsunami politik" di Malaysia dana macam2 lagilah. Kalau nak ulas.... tak terhabis.
Lagi satu yang aku perasan, banyak blog2 yang muncul mendadak. Kebanyakannya berteraskan politik dan ideologi politik yang masing2 cuba pertahankan. Dan yang lagi aku rasa macam tak percaya menteri2 pun dah pandai ber'blog" dah sekarang nie. Antara yang aku perasan Dato Seri Mohd Khir Toyo.
Tak taulah. Agaknya sekarang nie dah jadi musim blog kot....
Ok. Stop right here, dah pagi. Sok nak kerja.
Bye.