Nuffnang add

Ahad, 11 Oktober 2009

Buat apa..

Alamak... terlebih tidur... pening kepala. Makan pun tak lagi nie. Mandi apa tah lagi. Hehhhehe. Nak wat menda hari ni? Besok dah kerja. Kerja yang melambak aku tak buat lagi. Konfirm kena bebel. Aku malas dah nak peduli... aku buat ke, tak ke mesti kena gak laaa. Tak percaya aku tunggu esok. Semua nak menyibuk pasal kerja aku. Konon nak tolong... jangan harap la.. Aku rasa tak mungkin ada orang nak tolong sebab masing2 mementingkan diri sendiri.... Dia ajer yang betul.
Aku dah menyimpang la pulak. Hehehhe
Oklah nak mandi.... makan... masak... hhuuhuh

IMPIAN

(ditulis awal2)
Semua orang mempunyai kehendak atau kemahuan. Jangan nafikan. Kerana kemahuan dan keinginan itu sebenarnya ada yang mustahil dan ada yang tidak. Sebenarnya dengan erti kata yang mudah kehendak atau keinginan adalah impian...
Kata impiannya sebenarnya adalah satu kenyataan. Kenyataan jika ia boleh dicapai dan mustahil jika tidak mungkin dapat dicapai. Impian adalah kejahilan bagi sesiapa yang tidak ada keinginan manakala ia adalah cahaya terang bagi orang yang sering meletakkan sesuatu untuk mengejarnya.
Mengejar impian adalah keunggulan yang sejati, mengejar impian adalah kebijaksanaan, mengejar impaian adalah realiti.Mengejar impian adalah macho, mengejar impian adalah dermawan pada diri, mengejar impian adalah kenyataan, mengejar impian adalah kemahuan. Memburu impian adalah kewajipan, memburu impian adalah tanggungjawab, memburu impian adalah perubahan. Jika anda ingin keunggulan pada hidup, capailah impian anda, kerana setiap impian yang di sia-sia kan ibarat kezaliman.
Tapi dalam mengejar impian janganlah kita tinggalkan batas2 agama, jangan kita lupakan akar budaya kita, jangan kita tinggalkan rumpun budi kita. Berpeganglah pada yang Kuasa.
Jadi.. selamat mengejar impian semua (termasuk diriku...)

Sabtu, 10 Oktober 2009

Jangan Baca...

OKlah aku serius. Tah apa tah tiba-tiba aku rasa macam nak merepek sebab bosanlah.....

Nak cerita apa ekkkk.

Kalau nak diikutkan aku memang suka dengar orang bercerita, lebih2 lagi cerita2 yang mendatangkan pengajaran yang boleh mendidik aku jadi manusia. Sememangnya sebagai manusia, perasaan manusiawi itu perlu dititik beratkan. Bukannya terpadam diri kita atau dina diri kita jika kita bersifat manusiawi. Sebab orang sekarang aku tengok dah tipis sifat manusiawinya. (tak caya tengok barat bukan takat manusiawi tipis...baju pun tipis gak)

Kebelakangan apabila tengok dunia, aku terpaksa tengok diri aku sendiri. Aku dah tua..... tapi belum ada pencapai yang boleh aku junjung kelangit sambil menabik dada dengan bangga dan mengatakan "ITULAH AKU".

Aku masih macam nie, si Lehan yang terkedek2 menjalani hidup. Memang aku terkedek2 tapi itulah namanya hidup, kalau terus naik keatas, aku takut aku lupa bagaimana pandangan belakang itu. Bagaimana rasanya dibawah. Memang kehidupan itu ada jatuh bangunnya. Adasakit pedihnya, ada calar lukanya. Tapi itukan namanya hidup.

Tiada hidup yang gembira, sentiasa. Kadangkala dalam gembira, sekelip mata kesedihan membunuhnya.

Walaupun aku rasa kepedihan itu saudara kehidupan, gembira itu juga teman kehidupan. Dalam itu, pasti ada lawan pemutusnya.Ia ada pada sempadan mana pilihan kita.

OKlahlah, aku pun dah merepek meraban. So fikir2kan bagi yang mahu berfikir. Kalau tak mahu berfikir..... Suka hati koranglah. Lantaklah. Bukan aku boleh buat apa pun pun. Tak ada tulah pun....

Kla, sambung nanti2.

Aku

Aku suka baca buku. Memang hobi aku yang tak pernah berubah sampai sekarang. Rasanya kalau sehari tak membaca macam aku rasa aku jadi almari atau kotak kasut jer. Berisi tapi kosong. Tak kisahlaaa, kalau tak dapat baca pun sekurang2nya dapat baca penunjuk jalan atau papan tanda pun kira ok ape. kikiiiiikiiiii

Buku macam mana yang aku minat ek...... Aku suka buku cerita dongeng, citer2 tentang kemanusiaan, buku2 yang mengajak kita berfikir, ketuhanan dan macam2 lagilah. Aku suka gak buku citer dongeng nie. Bagi aku buku2 macam nie santai... penuh pengajaran dan menenangkan.

Aku masih ingat lagi, masa first day aku masuk sekolah aku memang blurrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr. Sepatah haram huruf pun aku tak kenal. Aku tak pernah masuk tadika. Tak pernah campur orang. Dunia aku masa tu ikut abah and mak aku pergi ladang. Abah aku kerja estet. So paham2 ajerlah dunia aku masa tu.....

Nanti2 aku ceritakan ek. Kalau ada mood aku citer lah pasal aku yang pernah sekolah asli , tamil dan lain2 lagi.Boleh tak ko bayang kan....... Macam mana membesar dan sekolah kat sekolah Orang Asli.

Huh, pasal buku tu, aku pun bawak kehulu kehilir buku yang aku pegang tu Minta orang bacakan, tapi hampeh.... Aku rasa tajuk buku tu tak silap aku lah cermin ajaib, lupalah. Percaya atau tidak, aku ambik masa 6 bulan untuk belajar membaca. Lepas aku tau nikmatnya membaca, aku tak lepaskan sampai sekarang. Cita-cita aku masa tu, aku nak baca buku yang tebal2. Aku cuba baca tunggul2 gerigis.... tpi tak paham.....

Tah lah, aku dah hilang idea lak nak merepek. Tadi banyak idea yang datang. La nie zero lak. K lah to be bersambung....

Rabu, 7 Oktober 2009

Fajar...

Assalamualaikum... Selamat pagi... Memang dah pepagi buta pun. Terjaga dari pukul 3 tadi sampai sekarang tak mengantuk2 lagi. Dah alang2 pepegi buta macam nie.. rasanya tak praktikal la nak sambung tido... nanti tak terjaga pulak nak pergi kerja. Burn la plak kerja aku untuk hari ni. Hhahahahaha.
Apa yang terjadi untuk minggu lepas... tak payah lah nak aku tulis panjang2 kat sini... kerja la apa lagi.. nanti kalau aku tulis pasal kerja banyak2 kat sini kang orang kata aku workoholic (aku tau memang salah eja- tapi lantak lah...)plak. Hakikatnya rasa tanggungjawab mengatasi segalanya. Aku tak sampai hati nak biarkan kerja aku yang melambak tu menimbun kat meja aku sebab akhirnya memang aku sendiri yang akan buat (pulak....) jadi entahlah.. apa yang aku meraban pagi2 buta nie pun aku tak tau.
Alhamdulillah.. Insya ALLAH kereta akan keluar dalam pertengahan bulan nie. WOW macam tak percaya pulak aku dah nak ada kereta (tapi lesennya...). Keter murah aje, tak mampulah nak capai yang mahal2. Aku bukannya bergaji ribuan yang over. Cuma ribuan yang ciput... hiihiihihihi so belilah keter mampu milik...
Nantilah sambung lagi.. ni intro ajer kot (kalau tak malas)...