Nuffnang add

Sabtu, 10 Oktober 2009

Jangan Baca...

OKlah aku serius. Tah apa tah tiba-tiba aku rasa macam nak merepek sebab bosanlah.....

Nak cerita apa ekkkk.

Kalau nak diikutkan aku memang suka dengar orang bercerita, lebih2 lagi cerita2 yang mendatangkan pengajaran yang boleh mendidik aku jadi manusia. Sememangnya sebagai manusia, perasaan manusiawi itu perlu dititik beratkan. Bukannya terpadam diri kita atau dina diri kita jika kita bersifat manusiawi. Sebab orang sekarang aku tengok dah tipis sifat manusiawinya. (tak caya tengok barat bukan takat manusiawi tipis...baju pun tipis gak)

Kebelakangan apabila tengok dunia, aku terpaksa tengok diri aku sendiri. Aku dah tua..... tapi belum ada pencapai yang boleh aku junjung kelangit sambil menabik dada dengan bangga dan mengatakan "ITULAH AKU".

Aku masih macam nie, si Lehan yang terkedek2 menjalani hidup. Memang aku terkedek2 tapi itulah namanya hidup, kalau terus naik keatas, aku takut aku lupa bagaimana pandangan belakang itu. Bagaimana rasanya dibawah. Memang kehidupan itu ada jatuh bangunnya. Adasakit pedihnya, ada calar lukanya. Tapi itukan namanya hidup.

Tiada hidup yang gembira, sentiasa. Kadangkala dalam gembira, sekelip mata kesedihan membunuhnya.

Walaupun aku rasa kepedihan itu saudara kehidupan, gembira itu juga teman kehidupan. Dalam itu, pasti ada lawan pemutusnya.Ia ada pada sempadan mana pilihan kita.

OKlahlah, aku pun dah merepek meraban. So fikir2kan bagi yang mahu berfikir. Kalau tak mahu berfikir..... Suka hati koranglah. Lantaklah. Bukan aku boleh buat apa pun pun. Tak ada tulah pun....

Kla, sambung nanti2.

1 ulasan:

AL berkata...

Itulah watak yang dimainkan oleh kita kat muka bumi ni....so bagi sesiapa yang bijak,dia berjaya serta banyak mengambil peluang yang ada dan bagi sesiapa yang masih lagi selesa ditakuk yang lama,mungkin perubahan ni mereka anggap menyusahkan,,,