Nuffnang add

Jumaat, 22 Mei 2009

Peralihan 1

Perasaan aku bercampur gaul. Macam makan nasi dengan kari... semuanya digaul rata kemudian disuap kemulut dan dikunyah-kunyah sehingga lumat. Membawa ke rongga-rangga di dalam badan dan terus ke perut.
Faham ke? Hihihiihhih. Aku dapat pindah ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. Satu lagi lembaran baru dalam hidup di buka untuk dicoret dan di corakkan. Tak tahu macam mana nak terangkan sebenarnya, sebab benda yang dah biasa kita buat bagai dah menjadi tabiat. Maksud aku dah terbiasa bekerja di tempat lama, so apabila berhadapan dengan tempat baru seakan tak bersedia dan ragu-ragu. Bolehkan aku membiasakan dan menyesuaikan diri kat tempat baru?? Tunggu dan lihat sahajalah. Sebab aku bukannya siapa untuk memberikan jawapan. Hanya masa penentu segala... ececeh bahasa...
Dan apabila kat tempat baru, aku terpaksa bermula dari zero balik. Nak cari kawan baru, rumah baru, cara hidup pun baru (ya lah kalau kat ampang nie rumah dgan tempat kerja depan mata jer, kalau terlambat bangun pun mandi koboi, 10 minit dah siap dan boleh punch card on time). Nie kena bangun awal, lepas tu kena tunggu bas lagi... herm...... lama dah tak pergi kerja naik bas. Mungkin aku akan enjoy semula pengalaman tu?? Entahlah. Tak tau nak cakap.
Pasal kawan baru, macam mana ek. Ada ke orang yang boleh terima aku seadanya? Ya ALLAH, kau berikan lah aku kawan atau sahabat yang memahami.... Lepas tu, dok rumah sewa sorang2 plak tu. Sorang yang betul2 sorang. Macam dalam rumah tu ko memang dok sensorang. (apa aku merepek ni daaa). Mungkinkah aku nak join fitness first untuk hilangkan boring?? Tunggu dan lihat pekembangannya.
Ok stop sementara.

Tiada ulasan: