Nuffnang add

Khamis, 7 Oktober 2010

Pagi...Makan... Senam

Hari yang memenatkan... Yup penat duduk, dari pagi sampai ke petang dengar ceramah. Aduyai, lunyai badan duduk ajer... lepas tu macam ayam ternak, makan... Pergh, bertambah suburlah unsur2 lemak dalam badan aku nie. Macam mana nak turun kalau macam nie, melantak ajer... Mulut kata risau, tapi bila bab makan, risau kemana, lemak kemana... melantak bagai tak hengat...
Well, besok ke fitness first semula, aku nak tengok sejauh mana menda nie boleh bawak aku... Maksud aku, setakat mana aku boleh ikut disiplin yang disediakan.. Kalau disiplin aku kuat, Insya ALLAH boleh kot... Berdebar2 beb... Allah berikanlah aku kekuatan untuk usaha ini... Instraktor aku target 12kg sebulan... Erk.. banyak tu... Nanti lepas senam esok nak bincang menu pulak... Boleh ke aku tahan lapar nie... Muahhahah... Kelakar pun ada gak..
Kalau tak jadi macam mana ek? Malu sendiri pulak nanti... Aku akan berusaha... Insya ALLAH.
Badan pun dah penat, baru je balik kerja nie, akhir tahun macam biasanya kena buat kerja2 tambahan... Relakan diri ini untuk digunakan sepenuhnya... Nak bantah tak leh, dah tanggungjawab, so.... pasrah aje la...

Tiada ulasan: